Saturday, April 2, 2011

Rumah Kami, Syurga Kami

Pandangan hadapan rumah kami
 Salam & hi semua.

Tetiba je teringat kisah lama....lama tak berapa nak lama la...sekitar bulan September 2010.  Berlaku satu kejadian yang tidak disangkakan dan telah membuka mata kami sekeluarga.  Mahligai kami yg telah sekian lama tersergam indah di Lorong Kancil, Klang Gate telah hangus dijilat api lebih kurang jam 1:30 pagi pada 2 Syawal.  

Inilah balkoni bilik aku...huhu...rindu!
Sedih? Mana tak sedih....tergamam, terkejut, terkesima, semua 'ter ter ter' tu bercampur aduk la.  Masa tu, aku, hubby dan anak dah berada di kampung (Rembau).  Kami semua kepenatan berziarah hari raya, maklumlah raya pertama la katakan!  So, siap2 nak masuk tido....tetiba dapat call dari adik ipar di KL.  Rasa cam tak caya....biar betul! Katanya rumah kami terbakar!  Aku waktu tu mcm 'mamai' jap...yelah, dah golek2 atas katil, matapun dah terlelap sesat dua...tetiba dikejutkan dengan berita cenggitu. Apa lagi, panik la kami semua.  Ayah mak dah lama tido dibuai mimpi....sib baik la waktu tu hubby aku belum nk tido.  hubby pun apa lagi, jerit "Yanggg, rumah kita terbakar! Cepatlah! Kita balik KL skrg jugak!".  Aku rasa cam mimpi lak....kejutkan anak, I've tried to pack our bags tapi then, hubby jerit "Dah laaa! tak yah pack2 barang! Kita balik camni je!"....lagi sekali aku panik. Panik gile! Semua barang tak tercapai dek tangan aku...sbb kelam kabut....mcm2 kat fikiran masa tu.  Anak pun, tengah 'pisat2' (mamai2 gitu) bangun terhoyong hayang dek ngantuk.....masa tu rasanya dah jam 1 lebih pagi.

Aku dengan baju tido, anak pun sama, hubby dgn seluar 'katok' bergegas balik....sib baik sempat gak aku capai beg tangan aku.....mak ayah pun tak sempat jumpa...sempat ketuk la dinding bilik mak ayah sbb nak bagitau terpaksa balik KL masa tu gak.  Mak ayah pun agaknya mcm mimpi (hehehe)....sempat cakap "haaa?? haaa....yolah yolah" dari dalam bilik mereka....hehehe.

Sepanjang perjalanan balik KL, kami bertiga menangis.  Hubby teresak2....aku pun.  Anak aku mengerti....dia pun nangis!  Aku kuatkan hati dan pujuk hubby & anak aku.  Aku berikan kata2 semangat pada hubby.....hubby tak putus2 cakap "Yang....sy minta maaf! saya minta maaf sbb kita dah takde apa2 dah!"  Aduhaiiii, hanya Allah SWT je yg tau betapa luluhnya jiwa mendengar hubby cakap mcm tu....sedih!  Aku cakap balik kat hubby "takpe yangggg...tak pe! janji kita semua selamat! Itu yang penting".  Mcm Drama Minggu Ini time tu....

video
Tetiba aku teringatkan kamera DSLR Nikon aku, PS2 anak aku, laptop ACER lama aku, barang2 bawah katil aku, baju2 keja, buku2 sekolah anak, baju sekolah anak...dan mcm2 lagi.  Yang paling sedih, teringat barang2 studio hubby aku, segala peralatan muzik, gitar2, gajet2 semua HANGUSSSS dijilat api!



Photobucket Love 4ever...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...