Wednesday, April 4, 2012

My Favourite Gadget

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Entri ni pasal gajet kesayangan aku.  Bukan nak bermegah2..tak! Tapi aku just nak share kepuasan yang aku dapat bila aku dapat beli dan guna gajet ni.  

Bagi aku, fleksibiliti amat penting - No. 1! 
No. 2 pulak, price! (kalau mahal tapi tak bagus/fleksibel, tak guna beli)
Then, design jatuh No. 3 (kena ukur gak berat ke tak, lebar sgt ke tak...nanti susah nk masuk dalam beg tangan hehee)
No. 3, brand/model dia.

Setakat ni, aku dah beli dan jual banyak benda sepanjang hidup aku bekerja.  Boleh dikatakan, semua aku dah try pakai.  Klu tak ok, aku akan jual dan beli yg lain.  Klu ok, lamaaaa la aku guna pakai, kalau tak berapa nak ok, paling kurang dalam masa 1 hari aku berjaya jual pada orang lain.  Duit jualan tu, aku beli la gajet baru yg aku nak cuba.  Itulah pe'el aku.  Bukan nak membazir, tapi aku tekankan di sini...'KEPUASAN'.  Bukannya aku beli, beli dan beli lagi (sampai banyak model dalam tangan) tapi pakainya sekali sekala je....itu baru membazir namanya.

Prinsip aku, untuk satu-satu jenis alat tu, samada phone, laptop, tablet (yang seumpama dengannya), akan aku pakai satu jenis je.  

Setakat ni, dalam simpanan aku ada:

1) Laptop Acer (model lama)
 2) Tablet Acer - Iconia Wifi + 3G
3)  Tablet Samsung Galaxy Tab 8.9" - P7300
4)  Blackberry handphone - Bold 9900

5)  Sony Handycam
6)  Canon Digicam IXUS


Hmm...apa lagi? Itu jelah kut yang aku beli dgn duit gaji aku sendiri taw.

Photobucket Love 4ever...

Same "Wave Length'?


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Entri kali ni aku nak kongsi pasal famili aku sendiri.  Kami 3 beranak: suami aku (Alfa Booty), aku (Siti Roziah) dan anak aku (Dhia Qistina Booty).

Suami dan anak aku ni, klu disuruh bergambar, camni lah jadinya...mcm2 ekspresi  wajah, yg buruk, yang lawak. Especially suami aku nih....susah nk dapat photo dia yg betul2 ok hehehe...sukaaaa sgt buat lawak dan memek muka apa2 ntah! Geram kadang2 hehehe....

Tapi, itulah kemanisannya.  Kami sekeluarga mcm 'geng'...kepala gila2 (bukan serius sakit mental taw!).  Kami boleh dikatakan sama 'wave length'.  Sama2 sukakan gadget, IT, internet, BB, laptop/tablet dan sebagainya.
Sejak kebakaran rumah kami 3 tahun lepas (2009), kami menjadi lebiiiih akrab seperti kawan baik.  Kami menjadi lebih berhati2 dan saling memahami antara satu sama lain.  Suami aku bekerja sendiri, titik peluh sendiri...aku pulak makan gaji 'gomen'.  Alhamdulillah, rezeki cukup2 untuk kami anak beranak.  Hidup dalam penuh kesederhanaan selagi mampu.  Kami tak ada pun ramai kawan baik dalam dunia ni, cukuplah sekadar beberapa org 'BFF' (you know who you are, friends!) yang turut sama bersama kami ketika susah dan senang, ketika tawa dan tangis, ketika kurang duit dan byk sikit duit...hehehe.

 
 
 
 
 

Ok, enough! Lain kali sambung lagi.  Ada banyak lagi gambar2 nk upload.  
Tunggu....forever! hehehe

Photobucket Love 4ever...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...