Thursday, March 31, 2011

Wajah Kesayangan Hamba

Salam & hi semua.

Hari ni nak share dgn korang, wajah2 manusia yg selalu aku rindukan bila tak berjumpa. Mula2 of course my hubby and daughter la kan. 

Hubby tercinta, 'incik' ALFA BOOTY BIN KESUMA BOOTY

Inilah anak daraku tersayang, termanja (sbbsorang je), cik DHIA QISTINA BOOTY
Mereka berdua nilah 'syurgaku di dunia' dan merekalah penawar segala duka dan nestapa, ewahh!  Sapa tak sayangkan laki oii....dan org gile je yg tak sayangkan anak, ye tak? Ada ke sesiapa kat sinun yg tak sayang anak??? cuba bgtau...klu ada, nak berikan 'tepukan meriah' sbb berjaya menjadi manusia yg 'abnormal'.....hmm...mcm2 dalam dunia ni.
 
Tak dpt nak bayangkan hidup tanpa mereka ni.  Yelah, sejak dari lahir sampai aku bujang, of course la takleh hidup tanpa mak ayah (even sampai bila2 pun sayangkan mereka).  Tapi, bila dah kawen dan ada anak ni, insan yang paling rapat dengan aku adalah hubby dan anak aku.  Sepenuhnya kasih sayang aku curahkan.  Alhamdulillah, tak pernah pulak terlintas sekelumit pun dalam hati nak curang dengan hubby dan bencikan anak aku.  Time marah2 je, mulut ni mengomel....especially bab marahkan anak sbb noti, haaa mulalah membebel dan jeling2 mata (tapi dalam hati hanya Allah SWT je tau how I love them sooo much).  
 
Anak aku pulak, dia mmg tau dan sedia maklum aku teramat sayang dan manjakan dia, so...bila buat sesuatu yang aku marah, muka dia selamba je....peh tu, ucap 'sorry' pun sengih2.  Aku tak la ambik hati sangat.....sbb aku sayangkan dia.  Bila kena marah, mmg cuak muka dia....aku kalau marah sangat, bagi 'punishment' kat dia, mcm pukul sikit tangan dia (contoh klu dia usik barang2 orang lain yg bukan kepunyaannya), or aku tak kasi dia main komputer sehinggalah keesokkan harinya.  Itu antara hukuman yg aku selalu buat la.... Budak2 sekrg ni, tak buleh gak guna 'verbal education', kena buat practical education gak. Aku rasa, cara mak ayah ajar aku masa kecik dulu, aku suka, bagi aku la.  Sbb kalau mak ayah aku tak penah rotan or hukum aku bila tiap kali aku buat salah, sure aku tak jadi apa skrg ni.  Aku berterima kasih dan bersyukur sgt sbb mak ayah aku memberi perhatian padaku  dengan cara mereka begitu.  Aku rasa, tak salah klu aku nak praktikkan mcm mana mak ayah aku didik aku dulu terhadap anak aku di zaman skrg ni.  Tapi, ingat ingat laaaa...jgn la belasah anak sampai bengkak2 or berdarah2....itu sudah lebeyyy.
 
Klu korang nak tau, anak aku Dhia Qistina Booty ni umur dia 10 tahun dah.  Dia sgt noti...dan cheeky hehehe.  Dia sebenarnya bijak tau...tp dia tu suka tak fokus dalam sesuatu hal la...melainkan fokus kat komputer.  Dia penghibur aku dan suami di kala kami kesunyian.  Dialah pengarang jantung kami.  Syukur pada Allah SWT sbb bagi kami zuriat, biarpun cuma sorang je.  Cukuplah....Allah SWT maha mengetahui.

Kami bertiga sekeluarga ni, sering berkongsi masa bersama.  Pergi Lowyat Plaza mmg kami cukup suka sbb kami bertiga ni suka gadget dan apa saja yang berkaitan teknologi komputer dan informasi.  Pergi makan kedai mamak (utk supper) pun kami suka hehehe...selalunya pergi dgn adik beradik dan ipar duai gak hehehe.

Bergambar masa rombongan opis ke Langkawi (2009). Masa ni anak aku belum bertudung lagi.
 

I LOVE MY FAMILY!!

Photobucket Love 4ever...

Wednesday, March 30, 2011

Sakit Tekak Pulak??

('Makcik' batuk cenggini la...siannn)

Aduhhai! Dah berjangkit kat i pulak sakit si Cinta Dhia Booty (hehee...).  Sememangnya bukan salah Cinta, tapi memang sekarang musim 'sakit tekak'.  Ini baru betul 3-in-1...batuk, sakit tekak + demam = sakit!

Ubat dah makan, vitamin C pun dah. Tapi lambat beno baiknya sakit ni. Yg tak tahan tu, batuk2 yg telah membuatkan tekak i 'tercedera'....mcm ada pasir kat dalam tekak.

Nasib la, kan....klu tak dpt penyakit, tak pulak 'sedor diri'...ini semua dugaan dari Allah SWT....sbb Allah sayangkan hambaNya la kita diberikan sakit supaya sentiasa berdoa dan ingat padaNya.

Harapnya sakit ni tak menjangkit kat anak dan hubby i lak. Dah la hubby nak gi show Jumaat ni, kesian dia kalau dia sakit. So, skrg musim sakit-sakit ni, hati2 lah semua ye....minum air kosong bergelen2 pun takpe hehehe...jgn biarkan tekak tu kering.  Klu boleh ais tu kurang la..nanti klu dpt batuk, kan susah.  Aku pulak, bila sakit tekak dan batuk ni, banyak terima tips dari member2 opis...ada yg suruh minum madu + perahan limau kasturi la...ada yg suruh makan air asam keping la...ada yg suruh makan aiskerim la....haaa tang aiskerim tu 'makcik' sukeee.

(I pinjam gambar ni dari blog org)
Sejak dari kecik lagi, klu dapat penyakit, sure yg selalu berkaitan tekak dan mulut hehehe...kadang2 dalam mulut pecah2 la (ulser mulut org kata), kadang2 batuk la, kadang2 selsema la...  Klu dpt jerawat lak, hehe..sure tang dagu, dalam lubang hidung la (mcm takde tempat lain nak berjerawat), tang dahi....tang pipi tu, jarang2 sekali.

Hmm...itulah halnya kisah aku minggu ni....baru je sakit gigi, terus dapat batuk+demam+sakit tekak.  Takpe, sabar je la....bnyk makan ubat, insyaallah....akan baik.  Rasanya cam nk amik MC je esok hehehehe....tengoklah dulu camne....tekak ni sakit sgt...perit! Oklah, baru 30 minit tadi aku makan panadol CF dan ubat ni buat aku ngantuk sesangat....gud nite semua.

Photobucket Love 4ever...

Monday, March 28, 2011

Aduhhh! sakit gigi!

(Gambar Hiasan): Agaknya cengginilah rupe gigi aku huhu...serammm.

Pada 20/3/2011 yg lepas, aku sekeluarga sambut la besday anak sedara ku, Cinta Dhia Booty (anak si rumie & ninie). Sampai waktu nk makan satay yg amat sedap & kek cheese yg sedap gak, gigi aku sakit berdenyut2 tak hingat!!. Aduhhh sudah! Camne lak aku nk makan? Sakitnya kanmain, sampai mengalir percuma la ayak mata aku. Depa semua heran napalah aku yg suka makan ni, tak jamah2 makanan. Aku sebuk dok kulum ais kat dapur hehehhe. Kejap hilang denyut, kejap dia datang balik sakit tu. Ish ish····· aku pun apa lg, terus call klinik gigi Lina buat appoinment utk cabut gigi esoknya.

Korang nk tau, aku ni cukup penakut nk jumpa dokto, mmg dr kecik lagi esp dokto gigi hehehe. So, nak tk nak, aku terpaksa gagahkan diri gak pegi cabut gigi. Yang tak bestnya tu, gigi aku tu lubang besarrrr tapi tunggulnya masih kuat kat dlm gusi. Dokto kata, kena buat mini operation utk belah gusi dan cabut tunggul gigi. Alamakkkk! Menggigil kapla lutut aku, bibir aku rasanya time tu dah vibrate giler (takut sangat). ingin gak rasa nk batalkan sesi cabut gigi hehehe tp ntah napa aku dpt lak kuatkan semangat (maybe sbb dokto laki2 tu lemah lembut, baikkkk sgt dan nampak encem bila aku tatap mata dia dan setengah batang idung dia bila pakai mask tu hehehe).

Nampak tak pipi belah kiri tu bengkak? Sakit tauuu!

Terpaksa aku gigit kapas...peh tu nak termuntah hehehe.....
Akhirnya, gigi aku berjaya dicabut (puas gak la nurse tu pegang kapla aku jgn bergegar sgt masa dokto guna 'playa' cabut tunggul gigi aku). At lastttt aku gumbira. Biarpun sakit dah terasa bila bius dah hilang, aku puas hati sbb lepas ni aku takyah risau lagi nk makan hihihi. Dokto tu pulak kasi aku kata2 positif. Untuk tatapan semua, lihatlah bibir aku belah kiri (dlm gamba) yg bengkak. Dah mcm bibir kak nitaaaa dah haaa.
Moral of the story, ajarlah anak2 anda tak takut jumpa doktor gigi hehehe! Jgn jadi mcm aku hahaaa. Thnks all.

With love. . . .
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, March 27, 2011

Personaliti Mengikut Bulan Islam Kelahiran

Anda Yang Mana Satu??


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Ini aku punya. Cannot percaya 100%, just for fun.
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Dipetik dari:
http://www.jomlayan.com/mybb/personaliti-mengikut-bulan-islam-kelahiran-t-18800.html

Saturday, March 19, 2011

Menopaus untuk wanita, Andropaus untuk lelaki

Mukadimah:  Memetik satu rencana dalam majalah Mingguan Wanita (Feb 2011), m.s. 106, saya amat tertarik dengan intipatinya dan terus merasakan amat perlu untuk dikongsi bersama dengan orang lain.  Mungkin sesetengahnya tidak berpeluang untuk membeli majalah ini, dan mungkin sesetengah pula tidak sempat membacanya.  Justeru itu, saya akan berkongsi serba-sedikit apa yang telah dimuatkan dalam rencana tersebut.

ANDROPAUS BUKAN BERAKHIRNYA 'KEHEBATAN' LELAKI
Bagi kaum wanita, menopaus akan menjelma apabila tiba masanya.  Begitu juga di kalangan lelaki, ANDROPAUS adalah istilah yang dipadankan dengan MENOPAUS.  Andropaus bukanlah penanda berakhirnya 'kejantanan' seseorang lelaki.  Jika anda (lelaki) sudah andropaus, anda masih berupaya menjalinkan hubungan dan memiliki zuriat, cuma pada tahap keupayaan yang berbeza.

Selain faktor usia, keturunan, penyakit dan ubat-ubatan akan menyebabkan paras hormon testosteron* (terutamanya selain androgen**) menurun.  Kesannya anda akan mengalami perubahan dari segi seksual dan paras tenaga, mengalami mood tidak stabil, insomnia (susah tidur), peningkatan berat badan dan kemurungan.  Simpton lazimnya kurang jelas dan adakalanya berlangsung selama bertahun-tahun.  Testosteron biasanya berkurangan secara beransur-ansur selepas dekad ketiga kehidupan seseorang lelaki (lebih kurang umur 40 tahun keatas).

Persoalan-Persoalan yang sering dikaitkan dengan andropaus:

1)  ANDROPAUS MENYERANG LELAKI BERUMUR 60 TAHUN KE BAWAH
Ini adalah benar sekali.  Ianya perkara biasa kerana lelaki dalam lingkungan umur sebegini akan mengalami kekurangan testosteron dan androgen.  Secara amnya, andropaus menjejaskan 1:200 lelaki di bawah usia 60 tahun. Di Malaysia, peratusan ini diramal semakin meningkat memandangkan kepesatan pembangunan negara dengan lebih ramai penduduk berusia lebih dari 60 tahun.

2)  LELAKI YANG MENGALAMI ANDROPAUS BERDEPAN RISIKO PENYAKIT KRONIK
Benar.  Seseorang lelaki yang mula mengalami masalah kekurangan testosteron pada umur 40 tahun, akan menderita selama 30 tahun akan datang.  Ini akan mempengaruhi dan menjejaskan aspek kehidupannya termasuk keyakinan diri, keluarga, tahap produktiviti dan juga kehidupan bersosial serta kerjaya.  Kajian terkini menunjukkan paras testosteron yang rendah juga berkaitan dengan peningkatn risiko serangan penyakit jantung dengan peratusan kematian dan lumpuh yang tinggi.

3)  PENGAMBILAN UBAT-UBATAN UNTUK MENGATASI MASALH ANDROPAUS BOLEH MENINGKATKAN KEGANASAN, MENAMBAHKAN BERAT BADAN DAN KANSER
Tidak benar.  Keganasan dan peningkatan berat badan berlaku disebabkan oleh penyalahgunaan steroid anablok dan tiada kaitan dengan mana-mana terapi penggantian testosteron (TRT).  Sesetengah jenama TRT yang dikenlai di pasaran telah digunakan di seluruh dunia selam hampir 20 tahun dan terbukti selamat.  TRT mengembalikan paras testosteron kepada tahap normal supaya pesakit dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan mengelakkan penyakit kritikal seperti diabetes, penyakit jantung dan osteoporosis.

4)  DIABETES PUNCA ANDROPAUS
Benar.  Diabetes merupakan satu-satunya masalah utama yang dikaitkan dengan masalah lemah tenaga batin.  Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang pengaliran darah.  Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
5)  ANDROPAUS MEMBERI MANFAAT DARI SEGI KEHIDUPAN SOSIAL LELAKI
Benar.  Apabila seseorang lelaki memasuki fasa andropaus, meraka akan menjadi lebih matang daripada aspek perlakuan.  Dalam hubungan sosial, mereka lebih bijak dengan menganggap lelaki lain sebagai rakan dan kenalan berbanding pesaing.  Begitu juga dengan hubungan peribadi.  Mereka lebih fokus kepada keintiman dan kebahagian pasangan mereka.  Selain itu, andropaus juga menunjukkan 'battle of sexes' dalam otak lelaki itu hilang.  Ini menandakan lelaki akan lebih mudah bertoleransi sekiranya mereka bergaduh.  Tiada lagi ego dan maruah.  Mereka akan lebih memahami serta bersikap sabar terhadap pasangan (MW).


Other link on this topic:
http://www.bangkokpost.com/lifestyle/family/195379/pausing-the-male-menopause

Nota:
* Testosteron ialah sejenis hormon steroid daripada kumpulan androgen. Dalam mamalia dan manusia, hormon ini lazimnya dihasilkan oleh testis jantan/lelaki dan ovari betina/perempuan. Secara purata, lelaki dewasa menghasilkan antara 40 hingga 60 kali lebih banyak hormon ini berbanding perempuan. Ia merupakan steroid anabolik.  Ia merupakan hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot yang kasar, misai serta perubahan suara.
** Androgen adalah istilah generik untuk senyawa alami atau sintetis, biasanya hormon steroid , yang merangsang atau mengendalikan pembangunan dan pemeliharaan karakteristik maskulin vertebrates untuk mengikat ke androgen receptors. Ini termasuk aktivitas dari aksesori organ sek laki-laki dan perkembangan karakteristik seks sekunder. Androgen, yang pertama kali ditemukan pada 1936, juga disebut androgenic hormon atau testoids. Androgens merupakan dasar anabolic steroids.

Thursday, March 17, 2011

First and Foremost

Assalammualaikum semua.

Hmm….nampaknya, setelah saya ‘menghapuskan’ blog saya yang dulu, kini tibalah masanya saya membuat blog baru.  Hati ni terpanggil jugak la untuk tulis semula blog sebab rata-rata semua orang yang saya kenal ada laman blog sendiri.  Macam2 cerita dan info boleh dikongsi dalam blog ni.  Bagi sayalah, kan….ruangan blog ni banyak manafaat pada kita. 

Kat blog kita boleh luahkan perasaan yang tak terluah kat orang, kita boleh kongsi cerita suka duka lucu gembira dan sedih, kita boleh baca blog orang lain yang kita rasa boleh memberi info yang berguna pada kita.  Janganlah asyik nak menyalahkan laman blog…..laman blog tak salah. 

Yang patut dipersalahkan adalah diri kita sendiri….sebagai blogger yang kadang2 lancang sangat menyuarakan pendapat, di laman yang boleh dibaca oleh semua orang di dunia!

Di sini, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf ‘in advance’ sekiranya apa2 yang saya tulis dalam blog ini mengganggu emosi anda semua….kadang2 saya tak berniat pun nak guris hati insan lain, cuma sekadar menyuarakan rasa hati agar sebarang kemarahan, gangguan emosi, kesedihan dan ketidaktenteraman jiwa dapat dilepaskan jauh2.  Itu saja niatnya. 

Kadang2 saya terlalu ‘ghairah’ bercerita dalam blog hinggakan tak sedar ada sesuatu yang saya tulis tak disenangi oleh pembaca lain.  Kalau begitu jadinya, silakan beredar dari blog saya ini dan jangan lagi singgah di laman blog saya ini (sebab anda tak suka membacanya!). 

So, moral of the story, ‘kalau suka, teruskan membaca dan singgah lagi….kalau tak suka, jangan mencaci sana sini dan jangan komen sembarangan’ sebabnya, laman blog adalah ‘hak peribadi’ seseorang sebagai tempat luahan….suka hati saya la nak tulis apa, kan??

Anyway, salam pertemuan dan selamat berkenalan. 
Terima kasih dan I apologize to you all ‘in advance' for all the things that I've said and done.

With Love.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...