Saturday, March 19, 2011

Menopaus untuk wanita, Andropaus untuk lelaki

Mukadimah:  Memetik satu rencana dalam majalah Mingguan Wanita (Feb 2011), m.s. 106, saya amat tertarik dengan intipatinya dan terus merasakan amat perlu untuk dikongsi bersama dengan orang lain.  Mungkin sesetengahnya tidak berpeluang untuk membeli majalah ini, dan mungkin sesetengah pula tidak sempat membacanya.  Justeru itu, saya akan berkongsi serba-sedikit apa yang telah dimuatkan dalam rencana tersebut.

ANDROPAUS BUKAN BERAKHIRNYA 'KEHEBATAN' LELAKI
Bagi kaum wanita, menopaus akan menjelma apabila tiba masanya.  Begitu juga di kalangan lelaki, ANDROPAUS adalah istilah yang dipadankan dengan MENOPAUS.  Andropaus bukanlah penanda berakhirnya 'kejantanan' seseorang lelaki.  Jika anda (lelaki) sudah andropaus, anda masih berupaya menjalinkan hubungan dan memiliki zuriat, cuma pada tahap keupayaan yang berbeza.

Selain faktor usia, keturunan, penyakit dan ubat-ubatan akan menyebabkan paras hormon testosteron* (terutamanya selain androgen**) menurun.  Kesannya anda akan mengalami perubahan dari segi seksual dan paras tenaga, mengalami mood tidak stabil, insomnia (susah tidur), peningkatan berat badan dan kemurungan.  Simpton lazimnya kurang jelas dan adakalanya berlangsung selama bertahun-tahun.  Testosteron biasanya berkurangan secara beransur-ansur selepas dekad ketiga kehidupan seseorang lelaki (lebih kurang umur 40 tahun keatas).

Persoalan-Persoalan yang sering dikaitkan dengan andropaus:

1)  ANDROPAUS MENYERANG LELAKI BERUMUR 60 TAHUN KE BAWAH
Ini adalah benar sekali.  Ianya perkara biasa kerana lelaki dalam lingkungan umur sebegini akan mengalami kekurangan testosteron dan androgen.  Secara amnya, andropaus menjejaskan 1:200 lelaki di bawah usia 60 tahun. Di Malaysia, peratusan ini diramal semakin meningkat memandangkan kepesatan pembangunan negara dengan lebih ramai penduduk berusia lebih dari 60 tahun.

2)  LELAKI YANG MENGALAMI ANDROPAUS BERDEPAN RISIKO PENYAKIT KRONIK
Benar.  Seseorang lelaki yang mula mengalami masalah kekurangan testosteron pada umur 40 tahun, akan menderita selama 30 tahun akan datang.  Ini akan mempengaruhi dan menjejaskan aspek kehidupannya termasuk keyakinan diri, keluarga, tahap produktiviti dan juga kehidupan bersosial serta kerjaya.  Kajian terkini menunjukkan paras testosteron yang rendah juga berkaitan dengan peningkatn risiko serangan penyakit jantung dengan peratusan kematian dan lumpuh yang tinggi.

3)  PENGAMBILAN UBAT-UBATAN UNTUK MENGATASI MASALH ANDROPAUS BOLEH MENINGKATKAN KEGANASAN, MENAMBAHKAN BERAT BADAN DAN KANSER
Tidak benar.  Keganasan dan peningkatan berat badan berlaku disebabkan oleh penyalahgunaan steroid anablok dan tiada kaitan dengan mana-mana terapi penggantian testosteron (TRT).  Sesetengah jenama TRT yang dikenlai di pasaran telah digunakan di seluruh dunia selam hampir 20 tahun dan terbukti selamat.  TRT mengembalikan paras testosteron kepada tahap normal supaya pesakit dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan mengelakkan penyakit kritikal seperti diabetes, penyakit jantung dan osteoporosis.

4)  DIABETES PUNCA ANDROPAUS
Benar.  Diabetes merupakan satu-satunya masalah utama yang dikaitkan dengan masalah lemah tenaga batin.  Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang pengaliran darah.  Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
5)  ANDROPAUS MEMBERI MANFAAT DARI SEGI KEHIDUPAN SOSIAL LELAKI
Benar.  Apabila seseorang lelaki memasuki fasa andropaus, meraka akan menjadi lebih matang daripada aspek perlakuan.  Dalam hubungan sosial, mereka lebih bijak dengan menganggap lelaki lain sebagai rakan dan kenalan berbanding pesaing.  Begitu juga dengan hubungan peribadi.  Mereka lebih fokus kepada keintiman dan kebahagian pasangan mereka.  Selain itu, andropaus juga menunjukkan 'battle of sexes' dalam otak lelaki itu hilang.  Ini menandakan lelaki akan lebih mudah bertoleransi sekiranya mereka bergaduh.  Tiada lagi ego dan maruah.  Mereka akan lebih memahami serta bersikap sabar terhadap pasangan (MW).


Other link on this topic:
http://www.bangkokpost.com/lifestyle/family/195379/pausing-the-male-menopause

Nota:
* Testosteron ialah sejenis hormon steroid daripada kumpulan androgen. Dalam mamalia dan manusia, hormon ini lazimnya dihasilkan oleh testis jantan/lelaki dan ovari betina/perempuan. Secara purata, lelaki dewasa menghasilkan antara 40 hingga 60 kali lebih banyak hormon ini berbanding perempuan. Ia merupakan steroid anabolik.  Ia merupakan hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot yang kasar, misai serta perubahan suara.
** Androgen adalah istilah generik untuk senyawa alami atau sintetis, biasanya hormon steroid , yang merangsang atau mengendalikan pembangunan dan pemeliharaan karakteristik maskulin vertebrates untuk mengikat ke androgen receptors. Ini termasuk aktivitas dari aksesori organ sek laki-laki dan perkembangan karakteristik seks sekunder. Androgen, yang pertama kali ditemukan pada 1936, juga disebut androgenic hormon atau testoids. Androgens merupakan dasar anabolic steroids.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...