Wednesday, April 4, 2012

Sambutan Hari Lahir 'Cinta' (24/3/2012)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.


Just nak share happy moments waktu sambut birthday anak buah aku, Cinta Dhia Booty (anak Rumie dan Ninie) hehe.... Tarikh lahir Cinta ialah pada 20 Mac 2010, meaning Cinta dah 2 tahun! Kejappp je masa berlalu.  

Kami buat majlis ni pada 24 Mac 2012 (Sabtu).  For you info, dalam majlis ni, anak member aku, namanya Reez Mikhael pun sambut bersama sbb kebetulan sama tarikh lahir, cuma beza tahun je (thank you to En. Fahmi & Pn. Azleena yg sponsor kek harijadi). 

Cantik keknya...'gitar berbunyi'  :-D

 Hehe....cute kan, birthday girl & birthday boy ni.  Lahir 20 Mac tapi tahun lain2.  
Cinta 2 tahun, Reez 4 tahun.


Walaupun majlis kecil2an je, tapi tetap meriah dan happy sbb kehadiran sanak saudara yang dekat dan kenalan rapat.  Ada gak sedara mara yg tak dpt hadir tapi takpe, tak jadi masalah.  Yang penting, semua happy dpt makan sepuas-puasnya...BBQ kambing & ayam, spaghetti ada, nasi lemak ada dan roti jala pun ada.

 BBQ der.....

Spaghetti haaa...amik kau!

Nasi lemak taw....

Bak kata yang hadir, mmg kenyang gile-gile la....  Makan berulang-ulang kali, nasib baik tak pengsan! 

Yang paling happeningnya pulak, siap ada karaoke session lak tu! Huihhh sakan nyanyi kami semua hehehe..... macam2 lagu yg keluar, lagu lama, baru.....tak hingat! :D  Aku pun sekali la, rugi la klu tak 'menyumbangkan' suara, ye tak? hehehe

 hehe....gaya dah ada tu....(KFI dan Cikgu Dell Idola Kecil).
huhu...'ke laut!!'

Bard yg sedang nyanyi lagu 'feeling2...frust2'
 hehehe (jgn marah aaa!)

Dua-dua comel heheh....macam pengantin lak hihihi! Cinta banyak kali tiup lilin, suka la tu.







 



Terima kasih sangat2 pada semua yang hadir.  Pada yang tak dapat hadir tu, takpe. Lain tahun kita buat BBQ lagi ye.....wait forever! hehehe

Photobucket Love 4ever...

Tuesday, April 3, 2012

Kiniku Kembali!


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Akhirnya dpt balik 'cari' blog sendiri yg dah lama 'berhabuk' dan tak 'disentuh'...hehe.  Malas yg sebenarnya nk update2 blog ni.....tapi bila dah dapat 'semangat baru' dari sesuatu yg aku dah baca dalam paper hari ni, terus aku cari balik blogspot aku ni.  Berkobar-kobar!

Takpe, aku akan cuba sebaik mungkin untuk tidak terlalu merapu dalam entri2 yang bakal ku tulis nanti.  Tunggu ye.....wait forever! :-)

Photobucket Love 4ever...

Wednesday, January 11, 2012

ISTERI DIANGGAP DERHADA PADA SUAMI BILA......

  1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
  2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
  3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".
  4. Jahat lidah/mulu pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".
  5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
  6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."
  7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
  8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
  9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.
(dipetik dari Info Muslimah at http://wacana-muslimah.blogspot.com/2010/03/isteri-dianggap-derhaka-pada-suami-jika.html)


Photobucket Love 4ever...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...